Kamis, 03 Februari 2011

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 12)



oleh Ustadz Umustaffar Mustaffar 
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man sodoqa fuhaduhu maraaha

Bab nafsu untuk direnungkannya.
Nafsu asalnya memang buas. Di masukkan kepada manusia selepas di conditioned oleh Allah beribu tahun lamanya.Keadaan nafsu yang sudah di conditioned itu sudah di peringkat layu baru di masuk kan dalam tubuh Adam. Layu layunya pun terangkat dunia di buatnya kalau tidak di kawal betul.

Kata Iman Ghazali nafsu ibarat kuda liar. Sebelum boleh di tunggang kena latih supaya dia jadi jinak. Sudah jinah baru boleh tunggang. Kalau tidak dia akan tunggang kita.

Nafsu banyak peringkat. Nafsu yang Tuhan nak “ wahai nafsu mutmainah kembali lah dengan tenang….

“Kita mungkin dah dapat tundukkan nafsu, namun kita jangan percaya pada nafsu meskipun sudah lama nafsu ini taat kepada kita” kata kata dalam kitab hikam

Imam Ghazali ada menceritakan seorang alim yang telah berjaya menjinahkan nafsunya ..lalu pada suatu hari nafsunya mengajak pergi berjihat, berperang…

Dalam perjalanan dia berfikir “ganjil sikit nafsu ini mengajak buat baik…selalu nafsu ajak buat jahat!”… Dia berhentikan kudanya dan musyahadah sekejap.

“Nafsu ajak aku berperang apa tujuannya…oh dapat mati syahid ,…bila mati syahid ...orang yang hidup, akan memperkatakan tentang macam mana aku mati syahid...oh aku akan jadi instant hero...orang akan memujiku setingginya…aku jadi terkenal… oh kalau macam ini lah nafsuku …tak boleh jadi …celaka punya nafsu...” sumpahnya, lalu di golengkan badannya keatas padang pasir yang panas"… Selepas puas dia menyiksa dirinya dia pun berkata “rasakan engkau hey nafsu yang ganas”…

*** 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar