Kamis, 17 Februari 2011

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 16)

oleh Ustadz :  Umustaffar Mustaffar 

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummiAllahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man arsalahubilhudaa wadiini haq

“ Saya percaya , semuanya berada di sini hari ini setuju bahawa kesemua kejadian di alam semesta ini, yang nampak atau yang tak nampak oleh mata kita, yang ada di hadapan kita , di belakang, dikiri, di kanan, dibawah dan diatas kita, termasuk diri kita,adalah ciptaan Allah Taala…"
“ Kita sedar, semua ciptaan dan kejadian yang di wujud oleh Allah Taala semuanya menakjubkan, termasuk diri kita, juga mujizat mujizat yang di bagi kepada Nabi nabi kita. Contohnya diri kita sendiri ,di jadikan dari apa.?”

“ Kita di jadikan dari mani bapak kita dan bercantum dengan telur ibu kita dalam rahim ibu kita…kita di besarkan dalam rahim ibu di beri rezeki dari zat zat yang ada di dalam tubuh ibu kita…kita di lahirkan di dunia setelah di tiupkan Ruh oleh Allah…di lahirkan melalui satu ruang yang sempit…dan tidak kah ia menjijikan?... kita di lahirkan dalam keadaan hina dina dan hanyir”


“bila di lahir saja kita di sambut gembira oleh ibu bapa dan “keluarga baru kita”…dan mereka memerhatikan wajah kita..seronok mereka …tak pernah tergambar selama ini oleh mereka akan wajah kita…tak terlintas…dalam masa ibu bapa kita bermadu asmara berhajat hendakkan kita mereka tak terbayang pun wajah kita…bermula dengan hina dina dan hanyir tiba tiba jadi mulia di dukung di manja…pada hal kalau di kira setitik mani jatuh ke nasi ustaz, ada ke ustaz  tergamak nak makan nasi itu..punya geli..ada orang nak makan?"


“kenapa perlu Allah mencipta makluknya sebegitu…kenapa di jadikan dalam bentuk mani dan telur dan untuk percantuman ini di selimuti dengan perasaan cinta Shah Jihan dan di gelumangi dengan hawa nafsu asmaradana yang maha hebat yang puncaknya bagaikan runtuh dunia? Kenapa tak di buat kita ini seperti dia mencipta Hawa dari Adam atau macam dia jadikan Adam? Bukan ke senang begitu…? Soalan soalan begini kamu jawab lah sendiri” 


“ Salah satu soalan yang saya nak tanya, ini soalan sampingan sebenarnya, kerana tujuan saya akan menyempang kelain sikit, ialah, kita tadi dari yang benda yang hanyir, pulak hina dina kenapa kita tiba tiba di muliakan?…saya percaya ada di antara kita yang lebih tahu dari saya dalam FB ini.”


“Ruh kita” ...............


“Ya, peniupan Ruh itu lah yang buat manusia mulia…kerangka yang ini..(Guru menunjukkan seluruh tubuhnya)…asalnya hina dina..tapi yang ada di dalam ini lah yang mulia..”



“ Ruh itu lah yang memuliakan kita.. .kalau kita faham…Dan siapa Ruh itu?."
“ berbalik kepada perkara yang luar biasa yang Tuhan jadikan…selain dari apa yang saya nyatakan tadi, ada lagi dan saya percaya tak banyak orang mengetahui….Tuhan menyembunyikan dirinya…Dialah ang paling Seni dalam semesta Allam ini. Dan semua makluk termasuk manusia revolve di atas Keseniannya.Untuk memahami nya saya petik kata kata Hikam:


Bukti kuasa Allah yang luar biasa
Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.Bayangan tergantung


Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.


Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.


“ Mari kita cuba faham apa yang di masudkan dengan hijab. Hijab ibarat satu tabir yang menhadang kita dari melihatnya. Bila terangkat hijab ini tampak terus arashi…tampak Allah.


Hikam kata sebenarnya hijab ialah benda benda ciptaan Allah yang asalnya tak Wujud… benda benda ini lah sebenarnya ibarat bayangan…siapa yang hanya tertumpu pandangan nya kepada bayang sahaja dan tidak kepada yang membayangi, itu lah hijab…


kalau kita sedar sesedarnya benda benda ini pada hakikatnya tak wujud ia itu Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah, maka dapat lah kita tembusi hijap ini….dan dalam banyak benda yang menghijap kita ialah diri kita sendiri….aku …
Terlalu kuat pandangan kita kepada aku..lalu kita terhijap …sebab itu di katakan Suhuu wahdah bil kasrah, suhuu kasrah bil wahdah pandang yang banyak nampak yang satu…pandang yang satu nampak yang banyak…


Kita lihat Alam, kita renung kita nampak Penciptanya…dan kalau tenguk Penciptanya kita nampak kejadiannya….Kita jadikan alam ini seperti cermin kita…untuk melihat Pencipta Alam ini."


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluumm.


Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.


Kita mungkin tak puas hati lalu bertanya kenapa tiba-tiba kita berada di FB sini…pada hal tujuankita nak ke laman lain…Sebenarnya saya pun begitu… tak terlintas langsung nak ke FB sini, tak ada dalam pelan saya…begitu juga anda semua …


sebenarnya dari apa yang saya faham, ini lah di katakan semuanya dah termaktub dalam Lauhul Mafhus


semuanya telah di takdir Tuhan kita berada di FB sini pada saat dan ketikanya..kita berkumpul di FB sini tanpa perancangan kita semua…
Apa, kita nak salah kan Tuhan kenapa di letakkan kita kat sini?
Tuhan telah menetapkan bahawa nya pada hari tarikh ini jam sekian …nama-nama ini akan berkumpul di FB sini untuk membincangkan dan muhasabah diri…dan lain lain…


Ada orang tadi dah nak bersiap keluar shopping tapi tak jadi ..kenapa? kerana Tuhan tidak tulis namanya di Lauhul Mahfus bahawa mereka tak ke sana…


Malah apa yang saya nak cakap ini pun sudah termaktub adanya…Semuanya ini ada rahmatnya dan ini lah di katakan sunahtullah…”


Kebanyakan dari kita di FB sini mungkin gila memancing. Memancing ikut program kawan… Ada masa memancing di kolam air tawar atau air masin, kadang kadang Sungai.  Selalu umpan bila memancing di air tawar ialah jenis tepung di gintil bulat bulat…di air masin anak ikan atau ikan ikan mati atau hidup.


Namun, biarlah kita luangkan  masa memancing itu dengan hati yang selalu tak lupa zikir…Itu lah masa kita belajar untuk zuhud pada Tuhan sehingga orang disekeliling kita pun tak sedar. Masa itulah, cuba kita bayangkan :


Katakan negeri ini di takluki Gergasi yang besar…manusia jadi mangsanya…bila mana Gergasi nak merasa makan binatang lain seperti singa atau harimau, lalu di tangkapnya manusia atau anak manusia hidup hidup lalu di buat umpan macam mana kita buat kepada anak-anak ikan tadi…lalu harimau ,menangkap kepala kita putus… tinggal badan terpancut darah tergantung gantung di tali pancing…?


Wallahu'alam.....

by : Wi Woody

Tidak ada komentar:

Posting Komentar