Minggu, 06 Februari 2011

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 14)

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi.
Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man nahaitahu fahtada

Takdir
Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.
Manusia tak ada kehendak

Firman Allah:

1. ”Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29).

2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).

“Bila nak tunaikan nazar ni ?“

Seorang dari satu kaum tengah panjat pokok kelapa, sampai keatas tiba tiba ribu turun…dia terbuai buai di atas nu mengikut goyang pokok kelapa. Dia tiba tiba jadi panic ,lalu berdoa pada Tuhan agar di selamatkan. Dia juga bernazar kalau dia tak jatuh, dia akan sembelih seokor lembunya….maka tiba tiba angin pula reda sikit, dia pun mula turun.

Bila sampai dua pertiga dari batang pokok kelapa itu, dia rasa keadaanya lebih baik dari tadi lalu dia mengubah nazarnya...Kalau dia tak jatuh dia akan sembelih kambing…pada fikirnya, kat paras itu kalau jatuh tak parah macam mula mula tadi….

Dia turun lagi sampai setengah pokok, dia tukar nazarnya lagi …kalau dia tak jatuh ...di akan sembelih ayam…dan dia rasa lebih selamat sikit dari tadi …dalam pada itu dia pun hampir sampai ke bawah, cuma nak habiskan dalam tiga kaki tinggi lagi …dah rasa sungguh selamat sangat…maka dia pun terjatuh ( pura pura) kebumi …. "Ahuy papa ...ahuy mama...aduh!..Aduh! banyak sakit oh Tuhan ahkirnya aku terjatuh juga oh…Tuhan aku jatuh juga…oh, jadi saya tak perlu sembelih apa apa” Katanya. Punya lah belit.

Banyak sangat program motavasi di TV ini. Fikir guru. Dia pasang juga telinganya.

Guru tak berapa setuju, cara motivasi itu, atas konsep yang di guna pakai, caranya itu adalah cara orientalist; lebih menekan ke upayaan diri dan usaha sendiri seolah olah tiada kaitan dengan gerak atau afaal Allah.


Mereka lupakan terus sebenarnya semua daripada Allah. Mereka mempunyai pandangan begitu sebab mereka berfikir “Laa haula wala quwwata illah billah” dan qodak dan qadar tidak ada kena mengena dengan usaha …bermaksud semua kerja ampunya diri yang buat, Tuhan hanya memerhatikan dari jauh.

Ada pula berpendapat sudah buat baru serah… "Ya Allah hamba mu telah berbuat dengan segala usaha… kau perkenan kan lah “ seolah olah menidakkan kuasa Allah dalam bab mengerakkan anggota banda dan otak.


“…makna usaha di sini ialah kerja itu dari kita bukan datangnya dari Allah…sebab itu mereka berkonsepkan kerja kuat, usaha kuat…dan sembahyang dan doa kuat juga tapi tujuan untuk mendapat kejayaan materialistic….boleh buat dan akan mendapatkan hasil nya”. ...Ulas Guru...


“tetapi apa bezanya dengan orang kafir. … Dia orang pun di samping tunjuk usaha, juga berdoa pada tuhan dia . Tapi Allah, Tuhan yang maha Esa, Rabul Arbab! wamusa bi bul Asbab ! Warazikul Ar zak! Tuhan segala tuhan tuhan, menunaikan permintaan mereka atas sifat Rahman nya. Tuhan akan perkenan “hasil usaha” mereka .Tuhan akan bagi, siapa kata Tuhan tak bagi…tapi adakah tujuan kita nak ke ahkirat tercapai? Sebagai muslim kita nak dua dua sekali, Rahman dan Rahimnya sekali. Baru lah ‘kejayaan itu betul bermakna.”


Guru mempunyai caranya :
"Kita mesti lakukan atas konsep menuju ke ahkirat dan heret dunia bersama…Macam basuk baju , tujuan nak cuci baju jadi bersih, tanpa ada niat asal tangan kita juga jadi bersih…

Nak ‘berjaya’ dalam kerjaya kita kuatkan pegangan hakikat kita dulu , kita faham selok belok ugama, kita kenal Tuhan, kita cuma berbakti untuk Tuhan. Sebagai perkerja kita berbakti pada tuhan dan majikan kita. Ini tak boleh lari. ..kemudian bila sudah mantap otamatik kita jadi siddiq, amanah, fathanah dan tabligh.Kita makluk Allah , fitrahnya kita kena bergerak, tangan kena bergerak, kaki kena bergerak, mata bergerak, lehir bergerak...semua bergerak , termasuk organ organ dan cell kita bergerak…hanya bila mati semuanya terhenti.
Fitrah kita kena kerja.Tapi kerja yang terhasil adalah dari gerak Allah semata mata bukan dari hasil usaha kita, walau pun kita rasa semuanya terbit dari dalam kita…tapi ini dari hasil pengamatan yang salah , sebab tak mungkin dari kita pasal bab jantung saja...siapa gerakkan, kita sendiri ? kalau kita cuba berhentikan se saat , boleh kita lakukan? kata kita yang gerakkannya?

Jatung saja ke di gerakkan Allah, yang lain tidak?

"Sedangkan planet terbesar Jupiter pun bergerak atas kehendak Allah apatah lagi kita yang kerdil ini" 

Al Ghazali menekan dalam bab ini agak panjang lebar juga, di mana konklusinya semua dari Allah termasuk itiar dan usaha, Kita boleh jatuh syirik bila kita kata "ada self confident atau yakin pada diri sendiri”. Ini matalamat orang orang motivasi nak jadikan seorang itu ada self confident dan percaya diri sendiri".

Self confident atau yakin kepada diri sendiri akan membawa kepada riya’ dan bongkak akhirnya.
Begitu juga dengan orang di bagi Allah Taala ‘chip’(otak) nya lebih sikit daripada orang. Dia mengaku “Aku lah yang cipta formula formula ini atau penemuan penemuan ini.”
Tapi kalau lah orang orang yang Tuhan menganugerah ‘chip’ yang lebih sikit padanya, sedar bahawa kebijaksaanan itu dari Allah 100%, dia akan mendapat ilmu tambahan yang lebih lagi dari Allah selepas itu..Apa patut di lakukan ialah buat seorang itu percayaTuhan bersama dia dalam semua geraknya dan cara ini mengelakkan kita jadi syirik ...lebih lebih lagi syirik khafi.


Itu lah kebesaran Allah, bukan anak yang jadi doktor yang menyembuhkan kan penyakit; doktor dengan kepakarannya dan ubatan ubatan semuanya alat menyampaikan sifat sifat Al Syafi dan Al Mulmuafinya…kalau ajal dah sampai tiada kuasa boleh menyekatnya. Doktor dan ubatan ubatan hanya sekadar Tuhan nak hidupkan system ekonomi dan penyampaian rezekinya macam kisah apa yang di belakang nyamuk…

Wasallam....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar